Isnin, 17 Februari 2025

First Day Sekolah Untuk Tahun 2025

Alhamdulillah. Pagi ni semuanya berjalan dengan lancar. 

Sebab apa lancar? Tahun ni 2,2 pakai uniform pengawas. So dah jadi pengawas tak boleh tak buat perangai yang macam macam. 



Isnin, 3 Februari 2025

Spend Time Together

Bila belek belek galeri fon ni, mula la terasa-rasa di anak tekak ni..
Sebenarnya, tahun lepas (06-10-2024) adalah pertama kali anak anak merasa makan A&W ni.
Bukan kata anak anak je. Mamanya pun last makan zaman kecik-kecik dulu. Tak sure masa tu umur berapa. Sangat-sangat laaaaa lamaa..
Lebih kurang 30tahun yang lalu ada kut. Haha


Chocojar

Sebenarnya seronokkan kalau kita pandai berniaga..
Macam cikmimi ni, minat sangat. Lagi lagi dalam dunia masakan.
Tapi tu la.. Kalau nak suruh COD tu memang malas. Haha
Cikmimi keje nya banyak manjang..
Orang lain kalau berniaga, dah settle cod, tinggal nak mengemas aje kan..
Tapi cikmimi ni, macam macam kerja nak dikerjakan..

Macam sekarang ni, walaupun masih niaga Aiskrim Malaysia, cikmimi cuba-cuba buat yang lain.
Contohnya macam chocojar ni. Dulu budak-budak ni rajin la makan. So memang beli bahan buat sendiri.
Alang-alang memang bahan ada ni, boleh la cikmimi berjualan sama..




Untuk yang macam ni, kita hantar dekat kantin tempat kerja ddy dorang ni.
Orang kata saja seronok-seronok nak mencuba kan..
Kita memeriahkan sama tempat jualan tu.

Alhamdulillah, walaupun taklah kencang mana jualannya, janji sikit-sikit pun masuk..
Kita bukan kejar nak terus kaya kan. Tapi kita nak seronok ambik pengalaman..



Ahad, 2 Februari 2025

Hai Februari. .

Rasa macam tak percaya pun ada kan.. Sekarang dah masuk tahun 2025.
Dan dah berakhir pun bulan Januari.
Cepat betul masa kan..

Rasa macam banyak benda yang kita ni tak terlaksanakan lagi..
Tuptup dah beralih bulan..beralih tahun..

Kalau la ditanya apa target kita ni.. Erm.. banyakkkk..
Cuma tu la.. 
Tak tercapai je..

Target tu macam macam..
Tentunya nak yang baik baik aje kan..

Takpelah..
Kalau rajin nanti kita cerita la kat sini..

Cikmimi ni banyak nak story..
Tapi tu la.. 
Antara Malas & Rajin..

Lepas ni harap rajin la..
Cikmimi buat blog baru ni rasa macam dah serabut dengan blog lama tu..

Kita bukak buku baru la kat sini kan..
Story santai santai tentang kehidupan seharian..



Kalaulah Abah Masih Ada . .

 

Pejam celik, pejam celik, kalau la pada tarikh harini arwah abah masih ada, masuk usia 67tahun dah..

Semuanya kuasa Allah..
Hampir 8bulan berlalu abah pergi tinggalkan kami semua di dunia ni..

Bukan senang nak terima kenyataan..
Tapi kita semua kena redha.. redha pemergian abah..
Itu adalah jalan terbaik..

Tak sanggup tengok abah sakit..
Abah lalui segala rawatan untuk baik..

Abah..
Doakan moga akk dapat dekat dengan mak lepas ni..
Akak akan temankan mak..