Isnin, 17 Februari 2025

First Day Sekolah Untuk Tahun 2025

Alhamdulillah. Pagi ni semuanya berjalan dengan lancar. 

Sebab apa lancar? Tahun ni 2,2 pakai uniform pengawas. So dah jadi pengawas tak boleh tak buat perangai yang macam macam. 




Alhamdulillah harini juga dapat hantar jualan dekat kantin sekolah. Kita tolong tolong je adakan menu tuk anak anak murid. Cikmimi ni taklah terror sangat buat kuih. Tapi kita buat mana yang kita tahu je la kan. 


Sambil tu cikmimi hantar juga sagu gula Melaka & jellyball koktail camtu. Buat seronok seronok dalam cari rezeki. 

Balik rumah, sambung buat kerja rumah pulak. Siapa kata anak dah pergi sekolah boleh rilex rilex? 

Tadi sebelum hantar jualan kat sekolah, sempat la mesinkan pakaian siap siap. 

So now dah siap dijemur. 


Nak cite pasal kerja yang lain, haaaa jap lagi nak kena memasak pulak. Ni kain baju sekolah agama pun nak di iron siap siap. Semalam tak iron lg sbb ada yang perlu dijahit. 


Petang karang ada kerja lain yang perlu diselesaikan juga. Nak menggulung popia lagi. Nak ke sekolah agama kejap sebab ada taklimat dengan GB. 


Semoga Allah berkati segala perjalanan kerja yang cikmimi buat. Penat penat dalam mencari rezeki sama.


Biar penat dengan masa yang terisi. Jangan mengadap fon main game aje kan. Buang masa rasa nya macam tu.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan